memang perangai aku dari azali memilih dalam membeli kasut.bukan harga atau jenama yang jadi ukuran(kalaula aku boleh beli kasut yang mahal dan berjenama.hehe..)
tapi aku ada perangai pelik dalam memilih kasut..
setiap kali aku masuk kedai kasut,aku akan cari kasut yang sekali pandang je aku dah berkenan.cinta pandang pertama..tapi susah nak jumpa cinta pandang pertama ni.selalunya aku spent sehari suntuk untuk survey banyak2 kedai.dan kadang2 kalau tak jumpa,aku balik tak beli apa2 kasut pun..tapi bila aku dah jumpa cinta pandang pertama aku,tunjukla aku mana2 kasut pun,bawakla aku mana2 kedai pun,aku akan tetap nak cinta pandang pertama aku.dan selalunya cinta pandang pertamala yang aku lanyak ke sana sini.tak kira la aku padankan dengan baju kurung.seluar jeans,kaler merah,kaler hijau,biru laut,aku tetap akan pakai cinta pandang pertama aku.biar sampai hujung nyawa..
pernah sekali,mak larikan cinta pandang pertama aku balik ke kampung.mengagau aku cari.mak diamkan je.sampaila aku terpaksa cari ganti dengan cinta pandang pertama yang lain dan sampai aku terjumpa semula cinta pandang pertama aku yang dulu kat kampung.mak selamba cakap "dah takde bunga dah tapak kasut tu,mak bawakla balik kampung.kat kampung,mak boleh buat kasut nak keluar2 belakang rumah"..belakang rumah nenek aku ada semak je..
itu hanya sebahagian kisah aku dan kasut.belum lagi perangai aku yang suka pada kasut kat kaki orang.kepada alya,sab dan syikin,ampun kerana selalu memalukan kalian di dalam lrt kerana menenenung kasut di kaki2 orang terlalu dalam.memang yang di kaki orang itu lebih cantik.hak orang nampak lebih menarik..
KASUTKU antara cinta pandang pertama aku.biarla banyak mana aku nafikan tapi hakikatnya pertama kali aku nampak KASUTKU,ada getar terasa.sekali pandang aku dah tahu ada sesuatu dengan KASUTKU.dan memang benar,episod2 sesudah cinta pandang pertama dengan KASUTKU macam cerita novel.penuh dengan banyak karakter,watak2 antagonis dan protagonis..
dulu aku memang rapat dengan KASUTKU.mungkin sebab semangat suka keluar jalan2 yang kitorang kongsi sama buat kitorang boleh jadi rapat.atau mungkin kerana perangai aku yang tak tahu malu suka menyeret KASUTKU bejalan2 kesana sini..banyak jugak suara2 yang menyatakan rasa tak senang dengan keakraban kitorang.cuma kerana cinta membutakan mata,aku biarkan suara2 terus memekakkan telinga demi untuk terus rapat dengan KASUTKU..
mana mungkin aku tinggalkan KASUTKU.KASUTKU ada setiap kali aku memerlukan.KASUTKU buat aku rasa lapang bila banyak yang menyesakkan dada.KASUTKU buat aku yakin bila banyak yang meragukan.KASUTKU buat aku tersenyum bila banyak yang menyedihkan..dengan KASUTKU,tak kira aku buruk ke busuk ke tak pandai ke tak ada duit ke aku tetap rasa senang.aku rasa yakin menghadapi dunia kerana KASUTKU sentiasa mampu membuat aku rasa istimewa..
semuanya indah dengan KASUTKU.cuma penamatnya tidak seperti novel dongeng biasa di mana "and they live happily ever after" jadi penutup.sememang semua yang di atas muka bumi ini adalah pinjaman ilahi kepada manusia..sudah hukum alam ada baik buruk,positif negatif,yin yang..suka duka..kalau KASUTKU mampu menggembirakan pasti ada yang mendukakan..bukan kerana pentingkan diri tapi sebelum yang mendukakan itu melebihi yang menggembirakan aku tinggalkan KASUTKU.biarla yang dikenang nanti cuma yang indah belaka..
2008-10-14
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment